top of page

Berkenaan kami

PUSAT PAKAR MATA C.S. LING telah ditubuhkan lebih 20 tahun yang lalu, iaitu sejak awal tahun 1999. Pusat Pakar memiliki pensijilan pusat jagaan ambulatori berdasarkan semua syarat yang ditetapkan oleh Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

​

Pusat ini dikendalikan oleh Dr. Ling Chai Seng. Beliau memperolehi kelulusan daripada Universiti London dan selanjutnya mendapatkan Eye Specialty Fellowship daripada Royal College of Edinburgh, UK (FRCS Edin). Setelah menyelesaikan segala program latihan pakar mata di UK, beliau kembali ke Sarawak pada tahun 1995.

​

Kepakaran beliau dalam pembedahan retina merangkumi pelbagai jenis keadaan retina. Beliau merupakan pakar mata yang pertama di negeri Sarawak yang memperkenalkan pembedahan vitreo-retina untuk merawati masalah penglihatan yang melibatkan pemisahan retina.

​

Dengan terdapatnya kemudahan awam, peralatan moden, canggih dan terkini, pusat pakar kami dapat menawarkan perkhidmatan mata yang komprehensif, merangkumi operasi katarak yang moden hingga ke pembedahan retina yang kompleks.

​

Kami berdedikasi untuk memberikan nilai mutu yang tertinggi dalam penjagaan mata dari segi etika dan profesionalisme.

bottom of page